NDP 1981: Sambutan penuh kejadian tak diduga
Jul 28, 2025 | 12:05 PM
Seorang penerjun payung komando menggunakan payung kecemasan selepas payung utama gagal berfungsi, sementara dua lagi mendarat di luar kawasan yang ditetapkan semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 1981. - Foto ST
Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan secara serentak di enam lokasi menyaksikan beberapa kejadian mencuri tumpuan.
Di Sekolah Menengah Ang Mo Kio, pentas yang digunakan untuk tetamu terhormat runtuh setengah jam sebelum perbarisan bermula.
Di Toa Payoh pula, seorang penerjun payung komando menggunakan payung kecemasan selepas payung utama gagal berfungsi, sementara dua lagi mendarat di luar kawasan yang ditetapkan.
Meskipun begitu, mereka tetap disambut dengan tepukan semangat apabila akhirnya mendarat di sebuah kilang elektronik kira-kira 50 meter dari stadium.
Laporan berkaitan
NDP 1988: Rakyat S’pura banjiri Orchard Rd, sertai pesta tari jalanan ‘Swing Singapore’Jul 30, 2025 | 8:12 PM
NDP 1968: Semangat tidak luntur meski hujan lebatJul 24, 2025 | 4:54 PM

