SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

NDP 1966: Sambutan pertama S’pura selepas kemerdekaan

NDP 1966: Sambutan pertama S’pura selepas kemerdekaan

Aug 8, 2025 | 5:30 PM

NDP 1966: Sambutan pertama S’pura selepas kemerdekaan

Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak (baris depan, tiga dari kanan), dalam pakaian seragam, menabik hormat apabila lagu kebangsaan dimainkan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1966. Beliau diringi anggota kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew (baris depan, dua dari kiri).
Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak (baris depan, tiga dari kanan), dalam pakaian seragam, menabik hormat apabila lagu kebangsaan dimainkan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1966. Beliau diringi anggota kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew (baris depan, dua dari kiri). - Foto fail

Sepanjang 60 tahun selepas kemerdekaan Singapura pada 1965, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) telah mengalami pelbagai perubahan.

Meskipun format perbarisan mungkin berbeza, inti patinya tetap sama – menyambut ulang tahun negara kita.

Bermula pada 9 pagi di Padang, NDP pertama pada 9 Ogos 1966 itu disertai seramai 23,000 peserta daripada pelbagai pertubuhan.

Antara mereka termasuk anggota kumpulan berseragam, guru, kanak-kanak, kumpulan kebudayaan dan ahli kesatuan sekerja.

Di luar Padang, ramai rakyat Singapura membanjiri sekitar kawasan City Hall semasa perbarisan tersebut dan melihat peserta berkawad melalui St Andrew’s Road.

Para peserta perbarisan kemudian meneruskan perjalanan merentasi kawasan Singapura lain seperti North Bridge Road, South Bridge Road dan Tanjong Pagar Road.

Tidak terkecuali daripada perbarisan tersebut adalah anggota kabinet Singapura ketika itu, termasuk Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak.

Beliau yang berpakaian seragam, menabik hormat semasa lagu kebangsaan dimainkan, diiringi anggota kabinet lain yang dipimpin oleh Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Menteri Ehwal Kebajikan Masyarakat, Allahyarham Haji Othman Wok, merupakan salah seorang daripada empat menteri yang menyarung seragam dan turut serta berkawad bersama Pasukan Pertahanan Rakyat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg