SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Nanas percuma rai kemenangan Tharman ceriakan pagi penduduk

Nanas percuma rai kemenangan Tharman ceriakan pagi penduduk

Sep 2, 2023 | 10:22 AM

Nanas percuma rai kemenangan Tharman ceriakan pagi penduduk

BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK: Encik Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Cik Jane Ittogi bertemu dan berjabat tangan bersama penduduk di Pusat Penjaja Taman Jurong pada pagi Selasa.
BERAMAH MESRA DENGAN PENDUDUK: Encik Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Cik Jane Ittogi bertemu dan berjabat tangan bersama penduduk di Pusat Penjaja Taman Jurong pada pagi Selasa. - Foto BH oleh KHALID BABA

Sekitar lapan jam selepas kemenangan Encik Tharman Shanmugaratnam bagi pilihan raya presiden 2023 diumumkan, Pusat Penjaja Taman Jurong sudah sibuk dan riuh dengan penyokong-penyokong beliau yang tidak sabar menanti ketibaannya.

Sebagai tanda meraikan kemenangan besar beliau ke atas dua calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian, berbakul nanas diagihkan secara percuma kepada penduduk Taman Jurong yang berkunjung ke Pusat Penjaja Taman Jurong pada pagi Sabtu.

Encik Tharman, 66 tahun, telah memulakan kegiatan beramah mesra bersama penduduk di Pusat Penjaja Taman Jurong sekitar 9 pagi, tempat yang turut menghimpunkan penyokongnya yang membanjiri kawasan itu malam sebelumnya sambil menunggu keputusan pilihan raya.

Bakal presiden itu dan isterinya, Cik Jane Ittogi, kemudian mengunjungi Pusat Penjaja Marsiling Mall pada sebelah pagi, sebelum ke Toa Payoh Hub pada waktu tengah hari untuk bertemu dengan rakyat Singapura.

Encik Tharman telah mengaup jumlah undi yang amat besar pada 70.4%, lantas mendapat mandat kukuh rakyat untuk menjadi presiden ke-9 Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg