Topik diikuti
Pergi ke BHkuNahas kapal: Hasil siasatan akan didedah pada umum

KEMALANGAN KAPAL 'USS JOHN S. MCCAIN': Hasil siasatan berkenaan kejadian nahas kapal perang Amerika dan sebuah kapal tangki akan didedahkan secara umum apabila siap nanti. - Foto THE STRAITS TIMES
Nahas kapal: Hasil siasatan akan didedah pada umum
HASIL siasatan penuh oleh Singapura berkenaan kejadian sebuah kapal tangki minyak berlanggar dengan sebuah kapal perang Amerika Syarikat akan didedahkan kepada umum apabila siap nanti - satu proses yang biasanya memakan masa sehingga 12 bulan.
Menjawab pertanyaan media kelmarin, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura (TSIB) berkata mereka sedang meneliti semua keadaan sebelum kejadian itu berlaku.
