Premium
MSF, pengurusan Golden Landmark tangani isu pengemis
Jun 1, 2017 | 5:30 AM
DI LUAR MASJID SULTAN: Wanita yang dipercayai warga asing ini meminta sedekah di luar kawasan Masjid Sultan. - Foto SAINI SALLEH -
KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan bekerjasama dengan pengurusan kompleks beli-belah Golden Landmark dan pihak berkuasa berkaitan bagi menangani isu pengemis yang meminta sedekah pada setiap Jumaat dan dijangka bertambah Ramadan ini.
Pasukan peronda MSF akan meningkatkan pemeriksaan bukan di sekitar Kampung Glam dan Bugis sahaja, malah di Geylang Serai dan Serangoon sepanjang Ramadan.

