MOH: Belum ada kematian dikaitkan langsung dengan vaksin Covid-19
MOH: Belum ada kematian dikaitkan langsung dengan vaksin Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mendedahkan sejauh ini "tidak ada sebarang kematian yang ditemui punya kaitan langsung dengan vaksinasi" Covid-19.
Menyatakan demikian dalam kenyataannya 9 malam tadi sebagai menjawab pertanyaan orang awam di Facebook, MOH berkata, terdapat kematian yang disebabkan oleh keadaan perubatan yang tiada kaitan dengan vaksinasi.
Menurut kementerian itu, apabila sesuatu keadaan atau kesan buruk berlaku ke atas seseorang individu, "kami akan menilai dengan hati-hati keadaannya dan merujuk kepada nasihat pakar sama ada reaksi buruk mungkin berkait dengan vaksinasi ataupun tidak".
"Jika kematian berlaku, kami akan merujuk kepada Koroner yang menilaikan dan menentukan sebab kematian, daripada hasil penemuan bedah siasat," kata kementerian itu lagi.

