SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

MOE perluas Biasiswa Uplift, iktiraf pencapaian bukan akademik

MOE perluas Biasiswa Uplift, iktiraf pencapaian bukan akademik

Seramai 700 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bakal raih manfaat
Mar 27, 2026 | 5:43 PM

MOE perluas Biasiswa Uplift, iktiraf pencapaian bukan akademik

MOE, Biasiswa Uplift, keluarga pendapatan rendah
Peluasan Biasiswa Uplift Kementerian Pendidikan (MOE) dijangka memberi manfaat kepada sekitar 700 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah setiap tahun. - Foto ST

Kementerian Pendidikan (MOE) akan memperluas Skim Biasiswa Uplift, biasiswa yang mengiktiraf pencapaian pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Sekolah Bebas dan Sekolah Bebas Khusus (SIS), bagi merangkumi penerima Anugerah Edusave bagi Pencapaian, Kepimpinan dan Perkhidmatan (Eagles) mulai kitaran Anugerah Edusave 2026.

Pelajar yang layak bagi Anugerah Eagles akan dimaklumkan tentang Anugerah Edusave yang bakal diterima sekitar Disember 2026.

Dalam satu kenyataan media pada 27 Mac, MOE menyatakan peluasan itu adalah sebahagian usaha bagi mengiktiraf pencapaian bukan akademik pelajar, serta memperkukuh komitmen berterusan pihak kementerian dalam pembangunan menyeluruh pelajar.

Dengan peluasan Biasiswa Uplift, sekitar 700 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dijangka akan meraih manfaat biasiswa berkenaan setiap tahun.

Pelajar yang dianugerahkan Biasiswa Uplift akan menerima $1,200 tunai setiap tahun.

Bagi melayakkan diri untuk biasiswa tersebut, pelajar mestilah merupakan warganegara Singapura daripada keluarga dengan pendapatan isi rumah bulanan kasar sebanyak $5,500 atau kurang, atau pendapatan per kapita bulanan kasar sebanyak $1,375 atau kurang.

Pelajar juga harus merupakan penerima Biasiswa Edusave bagi Sekolah Bebas (ESIS), atau memasuki IS/SIS melalui proses Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA).

Bagi penerima Biasiswa Uplift yang diterima masuk melalui DSA, mereka akan menerima biasiswa itu setiap tahun sepanjang tempoh pengajian mereka.

Ia bermula dari tahun mereka memasuki sekolah, atau sepanjang tempoh Anugerah ESIS, bermula dari tahun biasiswa itu diberikan.

Pelajar yang dianugerahkan Biasiswa Uplift melalui ESIS (Tempoh Penuh) pada peringkat Menengah 1, Menengah 3 atau Prauniversiti 1, serta melalui DSA, akan terus menerima biasiswa tersebut selagi memenuhi kriteria pembaharuan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Pelajar juga boleh menerima Biasiswa Uplift untuk tempoh setahun sekiranya mereka dianugerahkan ESIS (Anugerah Tahunan).

Mulai kitaran Anugerah Edusave 2026, pelajar yang layak dan menerima Anugerah Eagles selepas memasuki IS/SIS akan juga layak menerima Biasiswa Uplift bagi tempoh setahun.

Mereka akan mula menerima biasiswa tersebut dari Januari 2027.

Menurut MOE, sekolah akan mengenal pasti dan menganugerahkan biasiswa secara automatik kepada pelajar yang layak, tanpa perlu membuat sebarang permohonan.

Sokongan kewangan tambahan turut disediakan untuk pelajar IS/SIS daripada keluarga berpendapatan rendah, termasuk Bantuan Kewangan Sekolah Bebas MOE serta skim bantuan kewangan berasaskan sekolah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg