SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mindef: S’pura lazim beri laluan tentera AS singgah, dapat sokongan logistik

Mindef: S’pura lazim beri laluan tentera AS singgah, dapat sokongan logistik

Selaras dengan Memorandum Persefahaman 1990, perjanjian atur penggunaan kemudahan di S’pura oleh AS
Mar 19, 2026 | 3:24 PM

Mindef: S’pura lazim beri laluan tentera AS singgah, dapat sokongan logistik

USS Tripoli, Mindef,  Singapura, MoU 1990, Selat Singapura, Logistik Tentera AS, USS Tulsa, USS Santa Barbara, Sembawang Naval Base, Keselamatan Maritim.
Kapal USS Tripoli memasuki Selat Singapura, seperti dilihat pada 17 Mac. - Foto REUTERS

Singapura biasa membenarkan tentera Amerika Syarikat singgah dan mendapatkan sokongan logistik.

Ini selaras dengan Memorandum Persefahaman 1990, jelas Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 19 Mac.

Perjanjian 1990 itu mengatur penggunaan kemudahan di Singapura oleh Amerika.

Singapura juga secara tetap memudahkan persinggahan pesawat serta kapal tentera asing di kemudahannya, tambah kementerian itu.

Mindef menjawab pertanyaan media selepas kapal Tentera Laut Amerika berlabuh di sini sejak beberapa hari ini, di tengah konflik antara Amerika-Israel dengan Iran.

Kapal tempur pesisir (LCS) Amerika, USS Tulsa, yang sebelum ini berpangkalan di Bahrain kini berlabuh di pusat wilayah Tentera Laut Amerika di Sembawang.

USS Tulsa, sebuah kapal penyapu ranjau (bom), ialah antara tiga kapal yang ditempatkan di Bahrain pada 2025 bagi menggantikan empat kapal pemburu ranjau Tentera Laut Amerika yang telah ditamatkan perkhidmatan.

Sebuah lagi kapal penyapu ranjau, USS Santa Barbara, juga kini berada di Singapura, menurut Komando Pusat Pasukan Tentera Laut Amerika kepada The War Zone pada 19 Mac.

Komando Pusat itu memaklumkan USS Tulsa dan USS Santa Barbara sedang menjalani penyelenggaraan berjadual dan membuat hentian logistik di Singapura.

Kededuanya sebelum ini berlabuh di North Butterworth Container Terminal (NBCT) di Pulau Pinang pada hujung minggu lalu bagi tujuan logistik.

USS Tripoli memasuki Selat Singapura pada 17 Mac. Namun, ia tidak bersinggah di Singapura.

Pegawai Amerika memberitahu CNN kapal perang itu sedang dikerahkan ke rantau Timur Tengah, namun tidak mendedahkan hala tujunya.

Kapal perang itu membawa anggota Unit Ekspedisi Marin ke-31 yang berpangkalan di Okinawa, iaitu pasukan tindak balas segera dengan kekuatan 2,200 kru, menurut laporan media Amerika.

Kapal itu juga dikesan di laman penjejakan kapal ketika menghampiri Singapura.

Kapal tentera lazimnya mematikan transponder, iaitu alat pengenalan dan penjejakan, atas sebab keselamatan operasi, namun akan menghidupkannya di laluan perairan sibuk bagi mengelakkan perlanggaran.

CNN melaporkan USS Tripoli ialah kapal utama dalam armada tentera laut yang turut merangkumi kapal amfibia USS New Orleans dan USS San Diego.

The Straits Times mendapati pada 18 Mac, USS New Orleans melalui Singapura tanpa singgah sebelum meneruskan pelayaran ke Selangor, Malaysia, dan seterusnya ke Timur Tengah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg