SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mesyuarat pertama Kabinet PM Wong sehari selepas angkat sumpah

Mesyuarat pertama Kabinet PM Wong sehari selepas angkat sumpah

May 16, 2024 | 7:46 PM

Mesyuarat pertama Kabinet PM Wong sehari selepas angkat sumpah

Perdana Menteri baru Singapura, Encik Lawrence Wong, tidak berlengah untuk masuk ke pejabat dan melaksanakan tugasnya selepas mengangkat sumpah jawatan pada 15 Mei.

Dalam satu catatan di platform media sosialnya, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menyatakan bahawa beliau telah mengadakan mesyuarat pertama bersama Kabinetnya pada 16 Mei.

Dalam catatan yang dibuatnya pada 6 petang 16 Mei itu, Encik Wong berkata:

“Kami mempunyai agenda penuh.

“Berharap untuk bekerjasama dengan anda semua untuk membawa Singapura ke fasa selanjutnya.”

Catatannya itu mendapat ratusan komen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada beliau.

Encik Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura bersama-sama barisan Kabinetnya di Istana pada 15 Mei.

Upacara angkat sumpah dirasmikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang menyerahkan watikah pelantikan kepada Encik Wong, melambangkan proses peralihan pucuk pimpinan Singapura daripada Encik Lee Hsien Loong kepada Encik Wong.

Dalam satu catatan berasingan di media sosialnya juga pada 16 Mei, Encik Wong berkata beliau telah berbual di telefon bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Bakal Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto; dan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida.

“Mereka menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah di atas peranan baru saya, dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas ucapan tersebut.

“Saya menantikan untuk bekerja bersama mereka untuk mendorong hubungan dua hala dan serantau.

“Banyak yang boleh dilakukan negara yang mempunyai minda yang serupa bagi mencapai hasil yang baik untuk semua, dan memacu pembangunan ke arah kedamaian, kestabilan dan kemakmuran berterusan bagi Asia dan dunia,” kata Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg