Topic followed successfully
Go to BHkuMenteri S’pura, Australia adakan rundingan dua hala
Menteri S’pura, Australia adakan rundingan dua hala
Menteri S’pura, Australia adakan rundingan dua hala
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Jawatankuasa Kementerian Bersama Singapura-Australia (SAJMC) ke-14 di Singapura pada 3 Disember 2024.
Menyatakan demikian dalam satu kenyataan media pada 2 Disember, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Australia akan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Encik Richard Marles; Menteri Luar, Cik Penny Wong; dan Menteri Perdagangan dan Pelancongan serta Menteri Khas Negara, Encik Don Farrell.
Kenyataan MFA itu menambah mesyuarat SAJMC ke-14 itu adalah “amat penting dan tepat pada masanya” kerana ia akan menyediakan hala tuju strategik untuk fasa seterusnya Perkongsian Strategik Komprehensif Singapura-Australia (CSP).
“Ini menyusuli persetujuan para pemimpin di Mesyuarat Tahunan Pemimpin Singapura-Australia ke-9 pada Mac 2024 untuk meneroka bidang kerjasama yang bercita-cita tinggi, berpandangan ke hadapan dan strategik bagi fasa CSP seterusnya yang akan dilancarkan pada 2025 apabila kedua-dua negara memperingati ulang tahun ke-10 CSP dan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik,” ujar MFA.
Sebelum ini, mesyuarat tersebut telah diadakan di Canberra, Australia, pada Mei 2023.
Menteri-menteri Australia itu juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

