SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mat Sabu kunjung Masjid Sultan

Mat Sabu kunjung Masjid Sultan

Jun 1, 2018 | 4:56 PM

Mat Sabu kunjung Masjid Sultan

FOTO: ZURAIDI MD ANWAR
FOTO: ZURAIDI MD ANWAR -

MENTERI Pertahanan Malaysia yang baru, Encik Mohamad Sabu (gambar, tiga dari kiri), menjadi tumpuan sesetengah jemaah yang menghadiri solat Jumaat di Masjid Sultan, hari ini.

Encik Mohamad, yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu, telah dilihat sesetengah jemaah yang kemudian berjabat tangan dengannya selepas solat Jumaat.

Salah seorang jemaah yang sempat memetik gambar beliau, Encik Zuraidi Mohamed Anwar, 31 tahun, berkata sebelum itu beliau melihat barisan saf hadapan masjid yang ditutup bagi memberi laluan kepada Encik Mohamad Sabu serta rombongannya.

"Selepas solat, dan semasa berjalan di luar masjid, saya pusing belakang dan nampak beliau.

"Orangnya ramah. Apabila dihampiri jemaah, beliau dengan rela bersalaman dengan mereka," kata Encik Zuraidi yang merupakan seorang kakitangan awam.

Encik Mohamad Sabu berada di Singapura sempena Dialog Shangri-La yang bermula hari ini hingga Ahad.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg