Tujuh rekaan pek NDP 2025 hasil kerja tangan pelukis keperluan khas
Tujuh rekaan pek NDP 2025 hasil kerja tangan pelukis keperluan khas
Jun 9, 2025 | 8:11 PM
Tujuh rekaan itu diperkenalkan Pengerusi Jawatankuasa Pek NDP 2025, Mejar (MAJ) Desmond Lim Jun Hao, kepada media dalam satu acara pelancaran yang diadakan di dewan sekolah kelompok kreatif New Bahru pada 9 Jun. - Foto ST
Seramai 41 pelukis kurang upaya berusia antara 10 dengan 73 tahun telah bersama-sama menyumbang pada penghasilan tujuh rekaan berbeza nilai bagi beg Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025.
Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama antara Jawatankuasa Eksekutif NDP 2025 bersama SG Enable dan Art:Dis (Arts & Disability) Singapore, di bawah program i’mable Collective yang menyokong keterangkuman serta mengiktiraf keupayaan golongan kurang upaya.
Ketujuh-tujuh rekaan ini diperkenalkan Pengerusi Jawatankuasa Pek NDP 2025, Mejar (MAJ) Desmond Lim Jun Hao kepada media dalam satu acara pelancaran yang diadakan di dewan sekolah kelompok kreatif New Bahru pada 9 Jun.
Nilai ‘Kemajmukan’ meraikan budaya tempatan dengan mengetengahkan kepelbagaian negara menerusi simbol ikonik seperti makanan tradisional Melayu, ketupat, dan permainan tradisional, capteh. - Foto ST
Nilai ‘Ketabahan’ menghargai kekuatan dan perpaduan rakyat Singapura, termasuk petugas barisan hadapan yang berbakti semasa waktu sukar. - Foto-foto ST
Nilai ‘Keterbukaan’ meraikan kuasa ungkapan ringkas seperti ‘Apa khabar?’ merentas budaya. Dipaparkan dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, Tamil dan bahasa isyarat, rekaan ini mencerminkan kepelbagaian di Singapura. - Foto ST
Nilai ‘Keberanian’ menonjolkan mercu tanda ikonik Singapura sebagai lambang kemajuan dan warisan negara. Daripada rumah kedai bersejarah hingga ke bangunan moden seperti Marina Bay Sands, rekaan ini mencerminkan perjalanan Singapura menerusi gabungan inovasi dan tradisi. - Foto ST
Nilai ‘Kepedulian’ menonjolkan keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat yang hidup dengan semangat belas ihsan, keterangkuman dan saling menjaga satu sama lain. - Foto ST
Semangat bekerjasama dan saling menyumbang terserlah menerusi cara rakyat Singapura memainkan peranan masing-masing dalam membina masa depan bersama. Demikian ditonjolkan di bawah nilai ‘Menyumbang’. - Foto ST
Menerusi nilai ‘Masa Hadapan’, rekaannya memberi gambaran sebuah negara yang dibentuk oleh inovasi dan kepedulian. Unsur kecerdasan buatan dan teknologi ditampilkan bagi meraikan semangat kemajuan Singapura serta keterbukaannya terhadap ciptaan baru. - Foto ST
Laporan berkaitan
Pelajar keperluan khas terap unsur masyarakat majmuk
pada rekaan pek NDP 2025Jun 9, 2025 | 7:54 PM
Kurang upaya bukan halangan hasilkan karya seni untuk pek NDP 2025Jun 9, 2025 | 9:05 PM

