NDP 1968: Semangat tidak luntur meski hujan lebat
Hujan turun dengan lebatnya semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 1968 yang diadakan di Padang berhadapan City Hall, kini dikenali sebagai Galeri Nasional Singapura.
Meskipun ramai basah kuyup dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, memutuskan agar sambutan itu diteruskan bagi menunjukkan daya tahan Singapura.
Beberapa tetamu dan pengunjung yang hadir menggunakan payung sendiri atau mencari sebarang kertas untuk berteduh daripada hujan.
Kontinjen NDP segak berdiri tanpa berganjak dari tempat mereka.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, yang berusia 16 tahun pada ketika itu, merupakan antara yang terlibat dalam perbarisan tersebut.

