SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 90 keluarga terima habuan sempena Hari Raya

Lebih 90 keluarga terima habuan sempena Hari Raya

Bungkusan barangan dapur diagih semasa acara Iftar Harmoni Ramadan
Mar 10, 2026 | 2:29 PM

Lebih 90 keluarga terima habuan sempena Hari Raya

Singapura, Hari Raya, Iftar Harmoni Ramadan, Masjid Ar-Raudhah, GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam
Acara Iftar Harmoni Ramadan 2026 di Masjid Ar-Raudhah pada 8 Mac. - Foto VISION TWENTY-ONE

Lebih 90 keluarga menerima bantuan menjelang Hari Raya dengan bungkusan barangan dapur sempena acara, Iftar Harmoni Ramadan 2026, yang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah pada 8 Mac.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital) yang juga Anggota Parlimen GRC Jurong East-Bukit Batok, Cik Rahayu Mahzam.

Inisiatif murni itu ditaja oleh pertubuhan tidak mengaut untung, Vision Twenty-One Welfare Society, dan disokong oleh PA Mesra, Masjid Ar-Raudhah serta Kelab Masyarakat (CC) Bukit Batok dan Bukit Batok East.

Secara keseluruhan, lebih 300 bungkusan yang mengandungi keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, ketupat segera, pes masak merah, pes rendang, kerisik, serbuk kunyit, campuran rempah kurma, sos, minuman serta kuih Raya, telah diagihkan.

Sumbangan itu diharap dapat memberi kelegaan serta dorongan kepada keluarga yang memerlukan, sekali gus membolehkan mereka menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg