Masjid Assyakirin ditutup sementara susuli pengesanan kes Covid-19
Masjid Assyakirin ditutup sementara susuli pengesanan kes Covid-19
Oct 27, 2021 | 12:20 AM
Foto LIANHE ZAOBAO -
MASJID Assyakirin telah ditutup buat sementara waktu dari 6 petang Selasa (26 Oktober) hingga waktu Subuh pada Khamis (28 Oktober) bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan.
Ini menyusuli pengesanan kes Covid-19 di masjid yang bertempat di 550 Yung An Road itu, jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam catatan Facebook pada Selasa.
Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah ke masjid itu baru-baru ini dinasihati agar memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika tidak sihat.

