SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Masjid Alkaff Kampung Melayu giat sokong projek peningkatan, masih perlu dana $5j

Masjid Alkaff Kampung Melayu giat sokong projek peningkatan, masih perlu dana $5j

50 sukarelawan masjid turun padang pada 10 April dalam usaha pastikan pembangunan masjid kekal selesa, relevan bagi generasi akan datang
Apr 10, 2026 | 5:30 AM

Masjid Alkaff Kampung Melayu giat sokong projek peningkatan, masih perlu dana $5j

Masjid Alkaff Kampung Melayu terus giat mempergiat usaha menyokong Projek Peningkatan Masjid (MUP).

Usaha ini dilaksanakan melalui penyertaan aktif dalam program kutipan dana masjid serata negara, atau Islandwide Mosque Collection 2026.

Program tersebut akan berlangsung pada Jumaat, 10 April 2026 ini.

Ia diadakan sempena solat Jumaat di masjid-masjid serata Singapura.

Pengerusi Eksekutif Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Mohamed Khalid Mohd Lani, berkata penyertaan masjid tersebut pada 2026, mencerminkan komitmen berterusan pihak masjid menggerakkan masyarakat Islam agar bersama-sama menyokong pembangunan institusi masjid sebagai pusat ibadah, pembelajaran serta pembangunan ummah yang menyeluruh.

Menurutnya, sekitar 50 sukarelawan daripada Masjid Alkaff Kampung Melayu akan digerakkan ke beberapa masjid terpilih di seluruh negara bagi membantu menjayakan usaha kutipan dana tersebut.

Para sukarelawan ini terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang termasuk belia dan golongan dewasa, yang sama-sama tampil menyumbang tenaga demi menjayakan misi pengumpulan dana berkenaan.

“Daya usaha ini berlangsung pada waktu yang amat penting kerana Projek Peningkatan Masjid (MUP) kini bakal memasuki fasa seterusnya.

“Masjid masih memerlukan sekitar $5 juta lagi bagi mencapai sasaran keseluruhan,” kata Encik Mohamed Khalid.

Beliau menambah, sumbangan orang ramai amat penting dan bermakna dalam memastikan masjid terus berkembang sebagai ruang ibadah yang lebih selesa, terangkum dan relevan untuk generasi akan datang.

Usaha peningkatan ini juga bertujuan memperkasa fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat yang menyokong pembangunan rohani, sosial dan pendidikan umat Islam di Singapura.

Dalam usaha memudahkan orang ramai menyumbang, pelbagai saluran disediakan termasuk sumbangan tunai melalui sukarelawan yang membawa tabung rasmi serta sumbangan digital melalui imbasan kod PayNow pada tabung yang disediakan.

Selain itu, sumbangan juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi masjid sekiranya penderma tidak berkesempatan bertemu sukarelawan pada hari kutipan dana.

Mengulas lanjut, Encik Mohamed Khalid berkata usaha kutipan ini bukan sekadar mengumpul dana, bahkan bertujuan menyatukan masyarakat Islam di Singapura dalam satu gerakan bersama memakmurkan masjid serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan jemaah.

“Saya berharap kutipan ini menjadi luahan rasa atau sokongan keprihatinan dan komitmen masyarakat demi memastikan masjid terus kekal relevan serta berperanan sebagai pusat pembangunan ummah.

“Setiap sumbangan, walaupun kecil, membawa makna besar dalam merealisasikan projek peningkatan masjid ini dan menjadi saham akhirat yang berterusan buat para penyumbang,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru masyarakat agar merebut peluang menyumbang dalam kempen kutipan tahun ini (2026) sebagai satu bentuk sokongan berterusan terhadap pembangunan masjid di Singapura, khususnya dalam memastikan kemudahan masjid sentiasa dipertingkat bagi memenuhi keperluan jemaah daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Sokongan masyarakat amat penting dalam memastikan usaha ini dipermudahkan dan diberkati, sekali gus memperkukuh kesatuan serta semangat kebersamaan dalam kalangan umat Islam.

“Semoga usaha ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat,” tambah Encik Mohamed Khalid.

SEKILAS

Cara menderma kepada Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Bagi keterangan lanjut, sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244.

2. Buat yang ingin hulur sumbangan, anda boleh membuat pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ pada ruangan ‘Rujukan’, dan e-melkan tangkap layar transaksi anda kepada finance@alkaffkm.mosque.sg.

3. Atau PayNow ke UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, tulis nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

5. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 5.30 petang. Pada Jumaat, waktu operasi bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

6. Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di Tik Tok: @alkaffkm. Facebook: Masjid Alkaff Kampung Melayu dan Instagram: @alkaffkgmelayumosque.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg