SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Faishal: Pernikahan pasangan Muslim ditawarkan di 14 masjid mulai 13 Jun

Faishal: Pernikahan pasangan Muslim ditawarkan di 14 masjid mulai 13 Jun

Jun 3, 2020 | 10:00 AM

Faishal: Pernikahan pasangan Muslim ditawarkan di 14 masjid mulai 13 Jun

ALAM RUMAHTANGGA: Bermula semalam, pasangan boleh menjalani akad nikah secara bersemuka di ROMM. Mulai 13 Jun nanti, pasangan juga boleh mengadakan akad nikah di 14 buah masjid termasuk di Masjid Darul Ghufran di Tampines Avenue 5.
ALAM RUMAHTANGGA: Bermula semalam, pasangan boleh menjalani akad nikah secara bersemuka di ROMM. Mulai 13 Jun nanti, pasangan juga boleh mengadakan akad nikah di 14 buah masjid termasuk di Masjid Darul Ghufran di Tampines Avenue 5. - - Foto: FAIL

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengongsi catatan yang dibuat oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim di Facebook, tentang kemudahan bagi pasangan Melayu/Islam menjalani akad nikah sama ada secara dalam talian mahupun di masjid-masjid pilihan.

Berikut catatannya:

Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah bekerja rapat untuk memenuhi keperluan pasangan-pasangan ini. Sejak Mei, berdasarkan panduan Pejabat Mufti, pasangan Islam boleh menjalani akad nikah secara dalam talian.

Bermula semalam, pasangan juga boleh menjalani akad nikah secara bersemuka di ROMM. Mulai 13 Jun 2020, pasangan juga boleh mengadakan akad nikah di 14 buah masjid:

1. Al-Islah 2. Al-Istighfar 3. Alkaff Kampung Melayu 4. Darul Ghufran 5. An-Nahdhah 6. An-Nur 7. Assyafaah 8. Darul Makmur 9. Yusof Ishak 10. Al-Falah 11. Al-Iman 12. Al-Mukminin 13. Assyakirin 14. Darussalam

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg