SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Masagos hadir mesyuarat tindakan iklim PBB di Abu Dhabi

Masagos hadir mesyuarat tindakan iklim PBB di Abu Dhabi

Jun 30, 2019 | 10:43 PM

Masagos hadir mesyuarat tindakan iklim PBB di Abu Dhabi

TINDAKAN IKLIM: Encik Masagos kongsi usaha Singapura tangani perubahan iklim dan bergerak ke arah ekonomi rendah karbon.
TINDAKAN IKLIM: Encik Masagos kongsi usaha Singapura tangani perubahan iklim dan bergerak ke arah ekonomi rendah karbon. - Foto MEWR

MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah menyertai satu mesyuarat pemimpin semasa menghadiri Mesyuarat Persiapan Global Abu Dhabi bagi Sidang Puncak Tindakan Iklim Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini (30 Jun).

Dalam kenyataan yang disampaikannya di mesyuarat itu, Encik Masagos berkongsi tentang sumbangan Singapura sebagai anggota perikatan Infrastruktur, Bandar dan Tindakan Setempat, yang merupakan antara sembilan perikatan yang ditubuhkan untuk membangunkan tindakan iklim yang konkrit dan boleh disesuaikan.

Beliau juga bercakap tentang usaha negara ini menangani perubahan iklim dan bergerak ke arah ekonomi rendah karbon.

Ini termasuk tidak memberi subsidi bagi bahan bakar fosil, mengenakan cukai karbon dan menggunakan gabungan bahan bakar yang lebih bersih untuk menjana elektrik Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg