Masagos: Asatizah dan masyarakat kita pentingkan keamanan
Premium
Masagos: Asatizah dan masyarakat kita pentingkan keamanan
Jul 31, 2016 | 5:30 AM

ENCIK MASAGOS: Senjata utama individu seperti Zulkfikar ialah menghentikan orang daripada berfikir. -
MENTERI Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, merasakan Singapura beruntung kerana mempunyai ustaz setempat yang sebelum ini telah dibimbing guru mereka agar memahami bagaimana Islam boleh diamalkan dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti di Singapura ini. Itulah kunci utama dan ia sangat penting.
"Perkara yang orang ramai baca atau dengari tentang Islam radikal atau seruan untuk mengganas sebenarnya datang daripada kegagalan pihak pemerintah, di mana pemerintahan Islam itu sendiri gagal memperuntukkan kebajikan rakyatnya.

