Premium
Mantan ketua Barisan Sosialis meninggal dunia
Feb 6, 2017 | 5:30 AM
MENDIANG FONG SWEE SUAN: Mantan anggota kesatuan sekerja berhaluan kiri. Beliau meninggal dunia kelmarin pada usia 85 tahun. - Foto fail -
MANTAN anggota kesatuan sekerja berhaluan kiri dan ketua Barisan Sosialis, Encik Fong Swee Suan, telah meninggal dunia.
Mendiang Fong, seorang anggota pengasas Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebelum beliau meninggalkan parti itu pada 1961 atas sebab perbezaan pendapat mengenai penyatuan Singapura dengan Malaysia, meninggal dunia kelmarin di rumahnya pada usia 85 tahun.

