SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mantan Hakim Mahkamah Agung meninggal dunia

Mantan Hakim Mahkamah Agung meninggal dunia

Jun 17, 2021 | 5:30 AM

Mantan Hakim Mahkamah Agung meninggal dunia

MENDIANG GOH JOON SENG.
MENDIANG GOH JOON SENG. -

MANTAN Hakim Mahkamah Agung Goh Joon Seng, yang pernah berkhidmat dalam Majlis Penasihat Presiden (CPA) selama lebih sedekad, meninggal dunia kelmarin akibat barah.

Beliau, 86 tahun, meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.

Dilahirkan di China, Encik Goh menjadi peguam di sini pada 1963.

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Agung pada Oktober 1990.

Mendiang meraih ijazah undang-undangnya dari Universiti Singapura.

Beliau juga bekas pelajar Sekolah Inggeris Holy Innocent dari 1948 hingga 1953 sebelum sekolah itu dinamakan semula sebagai Sekolah Montfort pada 1958.

Semasa kerjayanya sebagai hakim, mendiang membina reputasi kukuh bagi keputusannya dan kemahirannya sebagai pengantara, dan disukai peguam bagi caranya yang lembut dan sopan.

Selepas bersara sebagai hakim, mendiang Goh menjadi konsultan kepada firma undang-undang Lee and Lee dan juga terus berkhidmat kepada masyarakat awam dalam pelbagai kapasiti.

Misalnya, beliau ditugaskan menjadi pengerusi Suruhanjaya Siasatan merangkumi tiga anggota dibentuk untuk menyiasat kes pengganas Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat Kastari, yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road pada 2008.

Beliau juga memainkan peranan penting sebagai pengerusi pengasas banyak badan pengantaraan di sini, termasuk Pusat Pengantaraan Singapura (SMC).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg