Topik diikuti
Pergi ke BHkuMangsa buat aduan polis selepas gagal dapatkan set iPhone 7 melalui laman e-dagang

Mangsa buat aduan polis selepas gagal dapatkan set iPhone 7 melalui laman e-dagang
KIRA-KIRA 15 orang yang telah membayar wang pendahuluan untuk mendapatkan set terbaru iPhone 7, mengigit jari kerana ditipu.
Akhbar Shin Min Daily News semalam melaporkan bahawa salah seorang mangsa berusia 30-an tahun, berkata pada Isnin lalu beliau terlihat senarai tawaran telefon model 'black jet' menerusi laman e-dagang Carouselle pada harga $1,480.
