SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Maliki: Ramadan bawa erti sabar, syukur, simpati

Maliki: Ramadan bawa erti sabar, syukur, simpati

Mar 1, 2025 | 7:15 PM

Maliki: Ramadan bawa erti sabar, syukur, simpati

Dr Mohamad Maliki Osman gesa masyarakat Muslim agar memperbaiki diri, memperbanyak amal kebajikan, dan memperkukuh ukhwah antara insan, sempena Ramadan ini
Dr Mohamad Maliki Osman gesa masyarakat Muslim agar memperbaiki diri, memperbanyak amal kebajikan, dan memperkukuh ukhwah antara insan, sempena Ramadan ini - Foto fail

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman menggesa masyarakat Muslim agar memperbaiki diri, memperbanyak amal kebajikan, dan memperkukuh ukhwah antara insan, sempena Ramadan ini.

Menyatakan demikian menerusi media sosial beliau pada 1 Mac, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) berkata:

“Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mengambil peluang untuk memperbaiki diri, memperbanyak amal kebajikan, dan memperkukuh ukhuwah sesama kita.

“Ramadan juga mengajar kita tentang kesabaran dan kesyukuran, mengingatkan kita untuk bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Saya berharap Ramadan kali ini membawa ketenangan dan keberkatan buat semua. Semoga segala usaha dan doa kita diterima serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

“Selamat menjalani ibadah puasa!”

Sementara itu, semasa ditemui Berita Harian (BH) di satu acara kemasyarakatan, Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah turut menyampaikan ucapan selamat berpuasa kepada umat Islam.

“Sempena Ramadan ini, saya ingin ucapkan selamat berpuasa, semoga ibadah kita diterimaNya,” kata beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg