Premium
Maju tapi usah abaikan golongan di belakang
Sempena Awal Muharam Mufti juga ingatkan penghijrahan perbaiki diri akan berkesan jika sumber dimanfaatkan
Sep 1, 2019 | 5:30 AM
SAMBUTAN AWAL MUHARAM: (Dari kiri) Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa, Encik Masagos dan pengerusi Eksekutif Masjid Mujahidin, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya mendengar tazkirah yang disampaikan Dr Fatris sempena acara awal Muharam 1441 Hijrah di Masjid Mujahidin malam tadi. - Foto BM oleh JEREMY KWAN -
SEDANG ramai Muslim melakukan penghijrahan dan memperbaiki diri sempena awal Muharam, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berpesan agar tidak meninggalkan sebahagian anggota masyarakat di belakang.
Ditemui di Masjid Mujahidin di Stirling Road malam tadi, Dr Fatris turut mengingatkan bahawa penghijrahan untuk memperbaiki diri dan masyarakat tidak akan mampu dilakukan secara berkesan sekiranya sumber seperti masa, umur dan harta tidak dijaga dengan baik dan tidak dimanfaatkan untuk keperluan semua pihak.

