Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Madrasah anjur Program Ihya’ Ramadan perkaya penghayatan pelajar

Mar 7, 2025 | 5:30 AM
Sesi pembacaan ayat suci Al-Quran dilaksanakan setiap hari bagi memupuk serta memastikan amalan dan akhlak murni pelajar yang dibentuk sepanjang Ramadan dapat diteruskan.
Sesi pembacaan ayat suci Al-Quran dilaksanakan setiap hari bagi memupuk serta memastikan amalan dan akhlak murni pelajar yang dibentuk sepanjang Ramadan dapat diteruskan. - Foto MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH

Program Ihya’ Ramadan 2025 di Madrasah Aljunied Al-Islamiah merupakan program pembelajaran terbaru di madrasah tersebut. Selain memperkenalkan beberapa daya usaha terbaru pada tahun 2025 ini, pihak madrasah tetap melestarikan beberapa program konvensional seperti pembacaan ayat suci Al-Quran pada setiap hari serta majlis khatam Al-Quran secara beramai-ramai.

Program Ihya’ Ramadan 2025 ini merupakan kerjasama dengan Jabatan Tarbiyah dan Ta’dib dan Majlis Perwakilan Pelajar (Itmaj), yang diketuai oleh Ustazah Ummu Kulthum Abdul Rahim dan Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Azmi.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan ialah sesi perkongsian secara langsung bersama asatizah, di mana pelajar akan berkumpul di perpustakaan semasa waktu rehat untuk mendengar nasihat mengenai amalan yang boleh dijadikan kebiasaan.

Selain itu, pameran khas Ramadan turut dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang kelebihan bulan ini. Program Ramadan & Resipi (R&R) pula akan memperkenalkan makanan sunah seperti sajian talbina (bubur barli) dan kurma sebagai hidangan berbuka yang berkhasiat.

Menurut Ketua Jabatan Tarbiyah dan Ta’dib (Pembangunan Pelajar & Disiplin) di Madrasah Aljunied, Encik Muhamad Faisal Abdul Rahman, 41 tahun, bagi menghidupkan suasana Ramadan dalam dunia digital ini, video qasidah Ramadan akan dimuat naik ke platform digital di Madrasah Aljunied dan Itmaj.

Dalam usaha menekankan kepentingan penghayatan Al-Quran dan pembangunan akhlak, Itmaj turut melancarkan dua daya usaha digital, iaitu Jom Mendalami Al-Quran (JMQ) dan Jom Kenali Sunnah (JKS).

Kandungan berbentuk pengajaran dan nasihat daripada petikan ayat Al-Quran serta hadis akan dikongsi di media sosial amnya, di Instagram Itmaj.

Ini bagi menarik lebih ramai pengikut di laman tersebut dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat umum. Untuk mempererat hubungan pelajar dengan Al-Quran, mereka akan disantuni dengan bacaan ayat suci setiap pagi oleh pelajar yang terpilih daripada setiap peringkat.

Cabaran bacaan harian juga diperkenalkan, dengan setiap pelajar akan membaca satu muka surat daripada Al-Quran setiap hari.

Selain itu, satu daya usaha baru yang dikenali sebagai Buku Digital Al-Quran akan digunakan bagi mencatat atau merekod bacaan pelajar dalam iPad mereka, dan mereka boleh mendapatkan tanda tangan guru kelas setiap kali berjaya menyelesaikan satu juzuk.

Matlamat utama usaha murni ini adalah mahu menanam kecintaan terhadap Al-Quran serta memastikan amalan dan akhlak baik yang dibentuk sepanjang Ramadan dapat diteruskan kemudiannya.

Sebagai penerima zakat harta dalam golongan asnaf, Madrasah Aljunied Al-Islamiah memanfaatkan sumbangan masyarakat untuk membina generasi berilmu, memastikan pendidikan bermutu, serta menyokong operasi dan program mereka.

SEKILAS

1. Orang ramai yang ingin menghulurkan derma atau zakat harta dan menyokong masa depan generasi asatizah yang berkaliber, boleh menghulur sumbangan menerusi Madrasah Aljunied, iaitu PayNow ke UEN: T08GB0028LALJ.

2. Ikuti media sosial, Instagram dan Facebook @Madrasah Aljunied untuk mendapatkan berita terkini tentang pembangunan pelajar dan asatizah.

3. Imbas kod QR yang disediakan untuk menderma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg