SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Loji desalinasi keempat S'pura Keppel Marina East dibuka

Loji desalinasi keempat S'pura Keppel Marina East dibuka

Feb 4, 2021 | 6:07 PM

Loji desalinasi keempat S'pura Keppel Marina East dibuka

DIBUKA SECARA RASMI: Perdana Menteri Lee Hsien Loong diajak melihat sekitaran Loji Desalinasi Keppel Marina East semasa acara pembukaannya pada 4 Februari 2021.
DIBUKA SECARA RASMI: Perdana Menteri Lee Hsien Loong diajak melihat sekitaran Loji Desalinasi Keppel Marina East semasa acara pembukaannya pada 4 Februari 2021. - - FOTO: DESMOND FOO

BEKALAN air di Singapura kini diperluas dengan pembukaan loji penyahgaraman keempat di Singapura.

Loji Desalinasi Keppel Marina East itu berupaya merawat kededua air laut dan air takungan.

Ia satu-satunya loji penyahgaraman serupa itu di Singapura, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Pembukaan loji itu sebagai sebahagian usaha Singapura memastikan bekalan air di sini tidak terputus. Kemudahan yang beroperasi sejak Jun tahun lalu itu dibuka rasmi pada Khamis (4 Feb) oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Ketua eksekutif agensi air negara PUB, Encik Ng Jo Hee, berkata proses desalinasi - atau proses di mana air laut dirawat untuk menjadikan air yang boleh diminum - merupakan salah satu daripada empat sumber air negara Singapura.

"Tidak seperti sumber air lain - air diimport, air hujan dan air kitar semula - (air dari laut) merupakan sumber air yang tiada hadnya," tambah beliau.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg