SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Liverpool disambut ratusan peminat setia di S’pura

Liverpool disambut ratusan peminat setia di S’pura

Jul 28, 2023 | 6:02 PM

Liverpool disambut ratusan peminat setia di S’pura

Ketibaan gergasi Liga Perdana Liverpool di Singapura disambut meriah dengan ‘lautan merah’ pada Jumaat.

Lebih 100 penyokong yang menyarung jersi merah berkumpul di The Ritz Carlton, membawa poster dan sepanduk untuk menyambut pasukan kesayangan mereka.

Sorakan gemuruh menyambut bas pasukan itu sebelum pemain melangkah keluar, dan sorakan semakin kuat apabila ketua jurulatih Jürgen Klopp muncul terlebih dahulu.

Warga Jerman itu mengambil masa selama 20 minit untuk berinteraksi dengan peminat di hotel, melayani permintaan untuk swafoto dan autograf.

Selepas merangkul Piala Standard Chartered Singapura yang diadakan buat julung-julung kalinya pada 2022, The Reds kembali ke Singapura untuk mempertahankan trofi mereka menentang Leicester City FC di Stadium Nasional pada 30 Julai.

Liverpool juga akan mengadakan Sesi Latihan Terbuka pada 29 Julai.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg