Premium
Lindungi diri daripada penderaan
Kanak-kanak perempuan dan wanita muda digalak dedahkan keganasan dalam keluarga
Dec 9, 2016 | 5:30 AM
PERKASA KANAK-KANAK PEREMPUAN: Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Baey Yam Keng (tengah), bersama kanak-kanak di Stadium Serangoon semalam. - Foto SPORTCARES -
STADIUM Serangoon bagai berwarna jingga semalam apabila seramai 130 kanak-kanak perempuan dan wanita muda yang memakai baju warna tersebut meluangkan masa tengah hari mereka bermain bola sepak di sana.
Warna jingga dipilih sebagai tanda perpaduan melalui inisiatif #OrangeTheWorld (Jinggakan Dunia) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

