Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki panjat ke landasan MRT di stesen Tanah Merah

Nov 8, 2018 | 7:22 PM
Lelaki itu ditemui di landasan ke arah timur dan dibawa kembali ke platform oleh kakitangan stesen MRT Tanah Merah.
Lelaki itu ditemui di landasan ke arah timur dan dibawa kembali ke platform oleh kakitangan stesen MRT Tanah Merah. - LIANHE ZAOBAO

SEORANG lelaki memanjat pintu skrin platform di stesen MRT Tanah Merah dan berada di landasan petang tadi (8 November).

Menurut The Straits Times, lelaki itu dikesan sedang memanjat pintu skrin platform itu menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) oleh kakitangan stesen SMRT sekitar tengah hari.

Lelaki itu ditemui di landasan ke arah timur, dan dibawa kembali ke platform oleh kakitangan yang bertugas.

Pengurus stesen itu kemudian melakukan pemeriksaan visual bagi memastikan tidak apa-apa yang tertinggal di landasan itu sebelum kereta api seterusnya tiba.

Kejadian itu melewatkan perjalanan ke arah timur di Laluan Timur-Barat sehingga 10 minit.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kes itu pada 11.50 pagi, sambil menambah bahawa seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas kerana melakukan tindakan terburu-buru, dan siasatan sedang diteruskan.

Pencerobohan landasan jarang berlaku sejak pintu skrin dipasang pada 2012.

Namun tiga tahun lalu, seorang lelaki masuk ke landasan di Laluan Utara-Selatan antara stesen Jurong dan Yew Tee.

Kejadian itu mengganggu perkhidmatan kereta api.

Pada masa itu, dilaporkan sejumlah 177 pencerobohan landasan dicatat di rangkaian MRT sejak 2003.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg