Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki ditangkap kerana cuba bawa 49 mercun masuk ke Singapura
Lelaki ditangkap kerana cuba bawa 49 mercun masuk ke Singapura
Lelaki ditangkap kerana cuba bawa 49 mercun masuk ke Singapura
- Foto FAIL LIANHE ZAOBAO
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Feb 3, 2019 | 3:54 PM
SEORANG lelaki berusia 28 tahun ditangkap semalam (2 Februari) selepas cuba membawa mercun masuk ke Singapura.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata seorang pegawainya mengarahkan lelaki tersebut menjalani pemeriksaan lanjut di pusat pemeriksaan Tuas sekitar 8.30 malam.
Pegawai itu menemukan sebuah kotak yang mengandungi 49 mercun dalam kereta yang berdaftar di Malaysia itu, lapor akhbar The Straits Times.
Dia kemudian ditangkap kerana memiliki mercun bahaya di bawah Akta Mercun Bahaya sementara mercun yang dibawanya dirampas.
Kes itu kemudian dirujuk kepada polis.
