SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki dipenjara 5 tahun kes tipu di Carousell libat hampir $109,000

Lelaki dipenjara 5 tahun kes tipu di Carousell libat hampir $109,000

Aug 31, 2022 | 7:01 PM

Lelaki dipenjara 5 tahun kes tipu di Carousell libat hampir $109,000

c8ab6467-1cc0-4c76-8113-77a76c9f7ad4
- - Foto: FAIL

SEORANG penipu bersiri yang memperdaya 396 mangsa melalui wadah e-dagang, Carousell, selama 18 bulan, telah mengakibatkan kerugian kepada mangsa dengan jumlah $108,693. Pihak pendakwa raya menyifatkan kes Caine Poh Zhenlong sebagai skala terbesar penipuan e-dagang yang dilakukan seorang individu setakat ini di Singapura. Pada Rabu (31 Ogos), Poh dijatuhi hukuman selama lima tahun dan didenda $17,000 setelah dia mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu melibatkan lebih $87,000 dan lima tuduhan melibatkan kegiatan perjudian yang melanggar undang-undang. Menurut laporan The Straits Times, sembilan lagi tuduhan, termasuk satu kesalahan menipu melibatkan sekitar $21,000, telah dipertimbangkan semasa hukuman. Poh akan menghabiskan masa lagi 10 minggu di penjara sekiranya dia tidak dapat membayar denda.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg