Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki diberkas kerana gangguan pemiutang haram

Jun 4, 2020 | 2:10 PM
Seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam siri gangguan pemiutang haram.
Seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas polis kerana disyaki terlibat dalam siri gangguan pemiutang haram. - Foto Fail

POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri gangguan pemiutang haram, kata polis pada Khamis (4 Jun).

Pada 2 Jun, polis menerima laporan tentang kes gangguan pemiutang haram di Tampines Central 7 di mana pintu pagar sebuah unit dikunci dengan kunci basikal dan nota penghutang ditinggalkan.

Menerusi pertanyaan dengan orang ramai dan bantuan imej daripada kamera polis, pegawai Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti lelaki itu dan menangkapnya di Hoe Chiang Road, di kawasan Tanjong Pagar semalam, kata polis dalam kenyataannya.

Siasatan awal mendedahkan lelaki itu dipercayai terlibat dalam lagi satu lagi kes gangguan pemiutang wang haram di Serangoon.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok.

Bagi pesalah kali pertama, kesalahan gangguan pemiutang haram boleh dikenakan denda tidak kurang daripada $5,000, dan tidak melebihi $50,000 dengan hukuman penjara wajib sehingga lima tahun, serta hukum sebat wajib sehingga enam kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg