Lelaki cabul wanita di tandas Taman Kallang Riverside dipenjara 7 tahun, sebat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki cabul wanita di tandas Taman Kallang Riverside dipenjara 7 tahun, sebat

Jan 19, 2026 | 8:15 PM

Lelaki cabul wanita di tandas Taman Kallang Riverside dipenjara 7 tahun, sebat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara dan sebat setelah didapati bersalah menyerang seorang wanita secara seksual di tandas di Kallang Riverside Park.
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara dan sebat setelah didapati bersalah menyerang seorang wanita secara seksual di tandas di Kallang Riverside Park. - Foto GOOGLE MAPS

Seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di dalam tandas di Taman Kallang Riverside telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan.

Anehnya, selepas serangan itu, lelaki itu bertanya mengapa mangsa menangis, malah menegaskan dia tidak merogolnya.

Dengan berani, dia kemudian mencabar mangsa supaya membuat laporan polis, sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

Choy Zisheng, 34 tahun, mengaku bersalah pada 19 Januari atas serangan seksual dan menghalang proses keadilan.

Wanita itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identitinya.

Choy, yang juga dikenali sebagai Cai Zisheng, mula bertemu wanita itu pada 2023 ketika wanita itu menghadiri temu duga kerja di pejabatnya.

Walau bagaimanapun, wanita itu menolak tawaran kerja daripada majikan Choy.

Pada 2024, Choy berhubung semula dengan wanita itu di media sosial.

Wanita tersebut bersetuju untuk bertemu Choy untuk makan malam kerana beliau melihatnya sebagai bakal pelanggan bagi perniagaan keluarganya.

Pada 15 Januari 2024, mereka makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran stesen MRT Lavender.

Selepas makan malam, mereka pergi ke Taman Kallang Riverside, di mana wanita itu meminta diri untuk menggunakan tandas.

Setelah menggunakan tandas, wanita itu membuka pintu dan mendapati Choy berdiri di luar bilik tandas. Tiada orang lain berada di situ waktu itu.

Choy meminta wanita itu mendedahkan dadanya, tetapi permintaan tersebut ditolak berkali-kali.

Tanpa mengendahkan penolakan itu, Choy menceroboh masuk, mengunci pintu, dan memerangkap mangsa.

Dia menolak wanita itu ke dinding, menyelak bajunya dan mencabulnya.

Ketika Choy cuba menciumnya dengan paksa, wanita itu mengelakkan diri dan meludah pada baju Choy kerana jijik dengan perbuatan lelaki itu.

Choy kemudian menyerangnya secara seksual dan memaksanya melakukan perbuatan seks ke atasnya.

Hanya apabila Choy terdengar bunyi tapak kaki di luar tandas barulah dia bergegas meninggalkan bilik tandas itu.

Dalam keadaan terkejut, wanita itu mengambil masa seketika untuk menenangkan diri di dalam bilik tandas itu sebelum keluar.

Choy kemudian kembali untuk memulangkan komputer riba wanita itu.

Dia kemudian bertanya mengapa wanita itu menangis dan mencabarnya untuk membuat laporan polis.

Pada malam yang sama, ketika wanita itu membuat laporan polis, dia menyedari bahawa Choy telah berhenti mengikutinya di Instagram dan telah menyekatnya di Facebook.

Choy juga memadamkan mesej antara mereka, suatu tindakan yang menghalang proses keadilan.

Mujur, wanita itu telah mengambil tangkap layar beberapa mesej mereka sebelum Choy memadamkannya.

Sekitar lima jam selepas serangan seksual itu, Choy meminta temanitanya memandunya ke Malaysia.

Dia ditangkap apabila memasuki semula Singapura pada 19 Januari 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg