Lelaki 47 tahun maut di tapak binaan Woodlands

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 47 tahun maut di tapak binaan Woodlands

Jun 22, 2018 | 4:12 PM

Lelaki 47 tahun maut di tapak binaan Woodlands

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KEMALANGAN DI TAPAK BINAAN: Polis dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa di tapak binaan di Woodlands Avenue 5 pada 1 petang semalam (21 Jun 2018).
KEMALANGAN DI TAPAK BINAAN: Polis dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa di tapak binaan di Woodlands Avenue 5 pada 1 petang semalam (21 Jun 2018). - Foto GOOGLE MAPS

SEORANG lelaki berusia 47 tahun meninggal dunia akibat satu kemalangan di sebuah tapak binaan di Woodlands semalam (21 Jun).

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa di tapak binaan di Woodlands Avenue 5 itu pada 1 petang.

Lelaki tersebut ditemui terbaring dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) juga menggunakan beberapa alat pemotong untuk mengeluarkan tubuh lelaki itu yang terperangkap.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg