Premium
Lebih sokongan bagi pekerja bebas dialu-alukan
Mar 7, 2017 | 5:30 AM
PENUHI KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA: Cik Filza Dorah Sim mengalu-alukan penekanan yang diberikan pemerintah bagi menambah sokongan kepada pekerja bebas, seperti yang dibentangkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Parlimen, semalam. - Foto JOHARI RAHMAT -
JADUAL kerja yang ditentukannya sendiri serta kemampuan membahagi masa antara kerja dengan keluarga mendorong Cik Filza Dorah Sim, 36 tahun, bergerak bebas sebagai jurulatih kecergasan empat tahun lalu.
Keputusan meninggalkan kerja 'makan gaji' di sebuah pusat kesihatan itu merupakan antara yang terbaik diambilnya, kata Cik Filza, ibu tiga anak berusia antara lima dengan 10 tahun.

