Lebih kenal produk, lebih mudah promosikan kepada pelanggan
Premium
Lebih kenal produk, lebih mudah promosikan kepada pelanggan
SkillsFuture bantu pertingkat diri dalam bidang pelayanan
Feb 12, 2017 | 5:30 AM
LEBIH FAHAM PRODUK: Encik Muhammad Rizal Mansoor (kanan), bersama seorang pekerja di NikMart Halal Frozen, mendapati kursus Rangka Kerja Kecekapan Kecemerlangan Khidmat meningkatkan lagi pengetahuannya dalam aspek pelayanan. - Foto ZAINAL YAHYA -
Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) mengeluarkan laporan yang membentangkan tujuh strategi bagi menjamin kejayaan Singapura dalam ekonomi masa depan. Ini termasuk strategi bagi membantu pelajar dan pekerja memperolehi dan menggunakan kemahiran tinggi serta usaha saling membantu untuk berinovasi dan maju. Ikuti laporan yang memaparkan bagaimana anak muda ini merebut peluang meraih kemahiran lebih tinggi.
MESKIPUN sudah bekerja dalam sektor perhotelan selama lima tahun sebelum ini, Encik Muhammad Rizal Mansoor berpendapat masih banyak lagi yang perlu dipelajarinya dari segi meningkatkan mutu pelayanan kepada pelanggan.

