SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih banyak flat BTO akan dibina mendahului permintaan bagi kurangkan masa menunggu

Lebih banyak flat BTO akan dibina mendahului permintaan bagi kurangkan masa menunggu

Aug 18, 2024 | 8:59 PM

Lebih banyak flat BTO akan dibina mendahului permintaan bagi kurangkan masa menunggu

e78c91ee-e8c0-4e9b-be8c-4cb7fef6de52
-

Lebih banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina lebih awal daripada permintaan untuk mengurangkan masa menunggu pembeli, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Bercakap semasa Rapat Hari Kebangsaan sulungnya pada 18 Ogos di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio, Encik Wong berkata dengan langkah tersebut, lebih banyak projek BTO akan mempunyai masa menunggu kurang daripada tiga tahun, berbanding sekitar empat tahun pada masa ini.

“Kami sedang meneruskan usaha untuk menjadikan rumah flat HDB lebih mampu milik. Kuncinya adalah untuk meningkatkan bekalan, yang telah kami lakukan dan akan terus lakukan.

“Masa menunggu untuk kebanyakan projek kini sekitar empat tahun. Kami berhasrat untuk mengurangkan ini dengan membina lebih awal daripada permintaan. Jadi dari masa ke masa, lebih banyak projek BTO akan mempunyai masa menunggu kurang daripada tiga tahun,” kata Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg