Topik diikuti
Pergi ke BHkuLebih 7,000 reriang ditangkap pasukan petugas di Tampines Changkat
Lebih 7,000 reriang ditangkap pasukan petugas di Tampines Changkat
Lebih 7,000 reriang ditangkap pasukan petugas di Tampines Changkat
Apabila malam menjelma, bunyi kuat mula kedengaran pada lampu-lampu di Tampines Changkat apabila sekumpulan besar reriang, atau cicada, meluru ke arah koridor dan flat yang terang, sehingga menimbulkan rasa gerun dan teruja dalam kalangan penduduk.
Kemunculan bermusim reriang sayap jingga (Asianopleura fulvigera) ini sudah menjadi satu kebiasaan di kawasan perumahan tersebut, di mana aduan mengenai kerumunan serangga dewasa itu telah meningkat sejak akhir 2018.
Meskipun reriang menghabiskan sebahagian besar hidupnya di bawah tanah, serangga ini akan keluar sebagai dewasa bersayap selama beberapa minggu untuk mengawan.
Sesetengah spesies boleh tersesat ke dalam bangunan pada waktu malam kerana mereka bergantung kepada cahaya untuk mencari arah.
Dalam usaha mengalihkan tumpuan serangga ini daripada kawasan rumah, sebuah pasukan petugas reriang yang baru ditubuhkan – diketuai Anggota Parlimen (AP) Tampines Changkat, Encik Desmond Choo – telah memasang perangkap cahaya hampir setiap malam sejak 10 April lalu.
Setakat 23 April, pasukan itu telah berjaya menangkap lebih 7,000 ekor reriang sayap jingga.
Serangga tersebut merupakan spesies asli di Asia Tenggara tetapi berkemungkinan besar adalah spesies asing di Singapura.
Data ini dikongsikan oleh ahli kumpulan tersebut, yang merupakan satu kerjasama antara Majlis Bandaran Tampines, saintis serangga, serta kumpulan kendalian sukarelawan ‘Tampines Changkat Nature Kakis Chapter’ bagi mengkaji dan menangani masalah riang-riang di kawasan kejiranan tersebut.
