Premium
Latar belakang seorang radikal
Nov 4, 2020 | 5:30 AM
JADI RADIKAL: Zulfikar (dua dari kanan) memuatnaik fotonya bersama anak-anaknya di depan bendera kumpulan pengganas. - Foto fail KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI -
PADA Julai 2016, Zulfikar Mohamad Shariff ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kegiatan berkaitan pengganasan dan juga kerana membantu menjadikan radikal sekurang-kurangnya dua warga Singapura.
Zulfikar telah menetap di Australia sejak 2002, setelah meninggalkan Singapura bersama keluarganya tidak lama setelah berlaku persengketaan di sini bersama pemimpin Muslim dan pihak berkuasa.

