Lanun yang naiki sampan curi sekerap logam dari bot tunda di Selat S'pura
Premium
Lanun yang naiki sampan curi sekerap logam dari bot tunda di Selat S'pura
Jan 21, 2020 | 5:30 AM
BAHAYA DI TENGAH LAUT: Dalam satu amaran insiden Ahad lalu, Pusat Perkongsian Maklumat Perjanjian Kerjasama Serantau mengenai Pembanterasan Lanun dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP ISC) berkata bot pelantar yang membawa logam sekerap itu disasarkan dua kali di laluan selat yang menghala ke timur. - Foto MARINETRAFFIC -
LANUN yang menaiki sampan telah menyerang Selat Singapura sekali lagi pada Sabtu lalu, menyasarkan sebuah bot pelantar yang ditunda sebuah bot tunda, dua kali dalam masa lima jam.
Walaupun lanun itu tidak bersemuka dengan krew bot tersebut, mereka tetap berjaya melarikan diri dengan beberapa keping logam sekerap, lapor The Straits Times.

