Langkah bantu syarikat, pekerja bagi Fasa 2, 3 dijangka cecah $1.2b: Lawrence

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah bantu syarikat, pekerja bagi Fasa 2, 3 dijangka cecah $1.2b: Lawrence

Jumlah diperolehi dari pemodalan perbelanjaan pembangunan dan peruntukan dari projek tertangguh; rizab negara tidak diguna
Jul 6, 2021 | 5:30 AM

Langkah bantu syarikat, pekerja bagi Fasa 2, 3 dijangka cecah $1.2b: Lawrence

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
- Foto hiasan
- Foto hiasan -

LANGKAH bantuan tambahan untuk membantu syarikat dan pekerja yang terjejas sepanjang tempoh Fasa Kedua dan Ketiga (Kewaspadaan Dipertingkat) dijangka menelan belanja $1.2 bilion, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.

Beliau yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) berkata demikian semasa memperkenal Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi peruntukan semula dana itu di Parlimen semalam.

Sekitar separuh daripada jumlah $1.2 bilion itu akan diperoleh daripada dana yang pada asalnya diperuntuk untuk membiayai dua projek di bawah Akta Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting (SINGA) manakala bakinya akan diperoleh daripada dana pembangunan yang tidak digunakan, oleh itu pemerintah tidak perlu menggunakan rizab masa lalu.

Langkah bantuan itu termasuk Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) bagi sektor yang terjejas, bantuan sewa, subsidi dan Geran Pemulihan Covid-19 (Sementara) (CRG-T) bagi individu.

Semasa menyampaikan Kenyataan Menteri tentang perbelanjaan pemerintah - kali pertamanya sebagai Menteri Kewangan - Encik Wong berkata pemerintah telah berunding rapat dengan pekerja serta pemimpin kesatuan dan perniagaan dalam menghasilkan pakej bantuan yang pertama kali diumumkannya pada 28 Mei itu.

"Kami membentuk pakej itu berdasarkan apa yang kami nilai sebagai wajar untuk memenuhi keperluan perniagaan dan individu sepanjang tempoh ini," katanya sambil menambah bahawa sebahagian besar ekonomi negara terus beroperasi dalam dua bulan lalu.

Ini tidak seperti tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu apabila kebanyakan kegiatan dibataskan.

Sementara pemerintah tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah penuh dalam keupayaan fiskalnya untuk melindungi nyawa dan mata pencarian warga Singapura, Encik Wong berkata pemerintah juga harus berhati-hati dengan keadaan kewangan awam.

Sekitar separuh daripada jumlah $1.2 bilion itu akan diperoleh daripada dana yang pada asalnya diperuntuk untuk membiayai dua projek sebelum ini, iaitu projek Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) dan Koridor Utara-Selatan.

Dana bagi kedua-dua projek ini telah diperuntuk dalam Belanjawan 2021.

Oleh kerana SINGA yang telah diluluskan Parlimen Mei lalu, Encik Wong berkata projek tersebut akan kini dibiayai dengan pinjaman dan perbelanjaan pembangunannya akan dijadikan modal dari suku keempat tahun ini.

"Oleh itu, jumlah yang diperuntuk untuk membiayai dua projek ini pada mulanya boleh diperuntuk semula untuk membiayai pakej sokongan ini," ujarnya.

Baki $0.6 bilion daripada jumlah $1.2 bilion itu akan diperuntuk semula daripada perbelanjaan pembangunan yang tidak digunakan, antaranya disebabkan projek tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, pemerintah juga akan melanjutkan Program Pinjaman Penyambung Sementara dan Skim Pembiayaan Perusahaan Dipertingkat - Pinjaman Perdagangan bagi tambahan enam bulan dari 1 Oktober hingga 31 Mac tahun depan.

Ini adalah sebahagian langkah untuk terus menyediakan sokongan buat syarikat kecil dan sederhana (SME), dengan akses kepada kredit merupakan nadi penting bagi SME mengharungi krisis pandemik ini, kata Encik Wong.

Singapura mengetatkan sekatan Covid-19 selama sekitar sebulan mulai 16 Mei lalu, dengan orang ramai tidak dibenarkan makan di kedai makan dan bekerja dari rumah menjadi aturan menjadi aturan tetap apabila kelompok besar jangkitan Covid-19 muncul dan jumlah kes dalam masyarakat meningkat.

Sekatan itu dilonggarkan secara bertahap mulai 14 Jun dan beberapa langkah bantuan akan dikurangkan mulai bulan ini.

Encik Wong berkata langkah itu berkesan dalam usaha membendung penularan koronavirus itu sementara membenarkan sebahagian besar ekonomi terus beroperasi.

Tambahnya, orang ramai boleh menjamu selera di kedai makan dalam kumpulan lebih besar hingga lima orang bersama mulai 12 Julai.

Sekilas Kenyataan Menteri oleh Menteri Kewangan Lawrence Wong

  1. Orang ramai dijangka boleh makan luar dalam kumpulan lebih besar hingga lima orang mulai 12 Julai
  2. Langkah bantuan Covid-19 tambahan bagi syarikat dan pekerja dijangka bernilai $1.2 bilion, sebahagiannya dibiayai oleh peruntukan semula dana di bawah SINGA
  3. Defisit Belanjawan dianggarkan kekal tidak berubah pada $11 bilion
  4. Lanjutan kredit bagi SME hingga Mac 2022 di bawah dua skim pinjaman
  5. Ramalan global tidak menentu, tapi GDP Singapura dijangka tumbuh 4 hingga 6 peratus tahun ini
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg