Topik diikuti
Pergi ke BHkuLaman kumpul derma komited guna kod amalan baru
Demi pertingkat ketelusan dan kesahihan usaha pungut derma

Laman kumpul derma komited guna kod amalan baru
EMPAT wadah setempat yang mengumpul dana daripada orang ramai (crowdfunding) telah memberi komitmen mereka dalam usaha memastikan kesahihan usaha memungut derma yang dilakukan menerusi wadah masing-masing.
Laman Give.Asia, Giving.sg, Ray of Hope Initiative dan Simply Giving akan menggunakan Kod Amalan bagi Rayuan Mengumpul Dana Amal Dalam Talian dalam industri itu, yang dibangunkan bersama Pesuruhjaya Badan Amal.
