SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Laluan pendidikan berbeza, tapi tetap jaya capai impian

Laluan pendidikan berbeza, tapi tetap jaya capai impian

Jun 5, 2023 | 6:56 PM

Laluan pendidikan berbeza, tapi tetap jaya capai impian

BERSUNGGUH-SUNGGUH: Keyakinan dan semangatnya untuk menceburi bidang memasak pada usia muda tidak sia-sia kerana kini, Encik Muhammad Nur Halif Abdullah Sani kian dekat dengan impiannya menjadi ketua cef.
BERSUNGGUH-SUNGGUH: Keyakinan dan semangatnya untuk menceburi bidang memasak pada usia muda tidak sia-sia kerana kini, Encik Muhammad Nur Halif Abdullah Sani kian dekat dengan impiannya menjadi ketua cef. - Foto ST

LAIN daripada lain.

Tidak seperti kebanyakan pelajar, Encik Muhammad Nur Halif Abdullah Sani mengambil laluan pendidikan yang kurang konvensional.

Sedang kebanyakan pelajar mengikuti kurikulum yang lebih tertumpu kepada bidang akademik, Encik Muhammad Nur Halif memilih bidang vokasional yang berasaskan kemahiran, khususnya dalam bidang memasak yang diminati.

Keputusan itu tidak pernah disesalinya.

Sebaliknya, bekas pelajar Sekolah Menengah Crest itu menghargai pengalaman yang ditimba kerana ia telah mendorongnya dalam perjalanannya mencapai cita-cita menjadi seorang ketua cef.

Tidak kira laluan pendidikan, Encik Muhammad Nur Halif, kini 22 tahun, membuktikan kejayaan boleh dicapai kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg