Topik diikuti
Pergi ke BHkuLagi 24 masjid diizin adakan solat jenazah mulai esok
Lagi 24 masjid diizin adakan solat jenazah mulai esok
MULAI esok, solat jenazah akan dibenarkan di 24 masjid selain Masjid Pusara Aman dan Masjid Maarof yang dibenarkan sebelum ini, dengan langkah pengurusan keselamatan dilaksanakan.
Ia sejajar dengan langkah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) membenarkan lebih banyak kegiataan keagamaan dalam Fasa Kedua, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
