Premium
Kumpulan pelbagai agama Australia lawat Masjid Ba'alwie
Oct 3, 2017 | 5:30 AM

BERKONGSI PENGALAMAN: Encik Abdullah Tarmugi (tiga dari kanan), Encik Mohamad Maidin (kanan) dan Habib Hassan (empat dari kanan) bertukar-tukar pandangan tentang usaha kededua masyarakat Singapura dan masyarakat bandar Toowoomba, Australia, mengukuhkan ikatan jalinan masyarakat pelbagai agama. - Foto KHALID BABA -
SEKUMPULAN 12 orang daripada pelbagai agama di sebuah bandar Australia, Toowomba, melawat Masjid Ba'alwie semalam untuk mempelajari bagaimana pelbagai masyarakat berbilang kaum dan agama di sini menjalin hubungan akrab bagi mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk.
Selain melihat galeri khazanah kecil di masjid tersebut, kumpulan itu mengadakan dialog dengan beberapa pemimpin setempat termasuk mantan Menteri, Encik Abdullah Tarmugi; Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas; mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Encik Mohamad Maidin Packer Mohd; dan Presiden Persatuan Peguam Muslim Singapura, Encik Noor Mohamed Marican.

