Kumpulan belia sediakan wadah, bina jambatan silang agama
Premium
Kumpulan belia sediakan wadah, bina jambatan silang agama
Interfaith Youth Circle wujudkan ruang perbincangan silang agama dalam suasana hormat dan selamat
Jan 29, 2018 | 5:30 AM
MENYEDIAKAN wadah yang selesa dan selamat bagi penganut berlainan agama, terutama di kalangan belia, berbincang supaya lebih memahami persamaan dan perbezaan, dan membina 'jambatan' di antara mereka.
Inisiatif kumpulan silang agama Interfaith Youth Circle itu mendapat sambutan, jika penyertaan terhadap acara yang dianjurkan boleh dijadikan sandaran, kata pengasas kumpulan itu, Cik Dhaniah Suhana M Wijaya dan Cik Noor Mastura Rahmatullah.


