SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kotej ‘staycation’ di Pulau Lazarus tutup Feb 2027

Kotej ‘staycation’ di Pulau Lazarus tutup Feb 2027

Mar 28, 2026 | 1:12 PM

Kotej ‘staycation’ di Pulau Lazarus tutup Feb 2027

Dibuka pada Mei 2023, kotej di Pulau Lazarus menawarkan penginapan jangka pendek.
Dibuka pada Mei 2023, kotej di Pulau Lazarus menawarkan penginapan jangka pendek. - Foto ST

Penyedia kotej penginapan jangka pendek Tiny Away Escape di Pulau Lazarus akan menamatkan khidmat tersebut pada Februari 2027.

Mengumumkan demikian menerusi media sosial pada 27 Mac, penyedia perkhidmatan itu, Big Tiny berkata ia masih menerima tempahan untuk menyewa kotej sehingga 31 Januari 2027.

“Sehingga itu, masih ada masa untuk beberapa lagi perjalanan feri, berjalan santai di tepi pantai dan menikmati pagi yang tenang di pulau,” kata Big Tiny menerusi hantaran tersebut.

Ia tidak menyatakan sebab penutupan tersebut.

Big Tiny, iaitu syarikat eko-pelancongan berpangkalan di Singapura, mengendalikan lima kotej pelbagai saiz di Pulau Lazarus. Harga sewa bermula dari $284, untuk menempah kotej seluas antara 139 kaki persegi hingga 167 kaki persegi, menurut laman webnya.

Dibuka pada Mei 2023, kotej tersebut merupakan prasarana penginapan pertama yang dibina di Pulau Lazarus untuk penginapan jangka pendek.

Ia menggunakan tenaga suria dan dibina daripada bahan berdaya tahan dan adalah sebahagian inisiatif Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) menjadikan Pulau Lazarus destinasi untuk menikmati alam semula jadi.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg