Topik diikuti
Pergi ke BHkuSyarikat khidmat perkahwinan terpaksa tutup studio di Yishun
Jurucakap: Tiga pekerja disah dijangkiti Covid-19, studio The Wedding Brocade ditutup setelah kes pertama diuji positif
Mar 31, 2020 | 5:30 AM
Syarikat khidmat perkahwinan terpaksa tutup studio di Yishun
SYARIKAT khidmat perkahwinan The Wedding Brocade (TWB) berkata perniagaannya masih diteruskan walau ia terpaksa menutup studio di Yishun selepas tiga pekerjanya disahkan dijangkiti Covid-19.
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) menerusi e-mel, seorang jurucakap syarikat itu berkata sejak kes pertama diuji positif pada 26 Mac, studio itu ditutup dengan segera setelah mendapat pengesahan.
