SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Koronavirus: Masjid, madrasah aLIVE pertingkat langkah kebersihan

Koronavirus: Masjid, madrasah aLIVE pertingkat langkah kebersihan

Feb 15, 2020 | 6:30 PM

Koronavirus: Masjid, madrasah aLIVE pertingkat langkah kebersihan

MASJID-MASJID dan madrasah aLIVE yang dikendalikan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mempertingkat langkah kebersihan, selaras dengan usaha negara untuk mencegah penularan koronavirus Covid-19.

Antara lain, Masjid Mujahidin di Sterling Road ada menyediakan pelitup dan cecair membersih tangan (sanitiser) bagi kegunaan jemaah.

Masjid-masjid yang mengendalikan madrasah aLIVE, di Masjid Assyafaah dan Masjid Kassim, kini mula mengambil suhu badan pelajarnya sebelum kelas bermula.

Di Masjid Darussalam di Clementi pula, permaidani di ruang solat utama telah dibersihkan.

Bercakap kepada media pada Jumaat (14 Februari) Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sedang institusi keagamaan seperti masjid memainkan peranan mempertingkat langkah kebersihan, setiap jemaah turut berperanan menjaga kebersihan diri dan juga di masjid.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg