Premium
Koperatif giat bantu anggota selesaikan masalah hutang
Nov 17, 2016 | 5:30 AM
ADA TEMPAT MENGADU: Encik Shanmugathaasan, pengurus SSBEC turut memberi kounseling kepada Encik Bakhtiar yang telah meminjam $30,000 agar lebih hemat berbelanja dan menabung bagi hari tua. - Foto SAINI SALLEH -
BANTU sediakan payung sebelum hujan dan tunjukkan jalan keluar daripada dililit hutang atau apabila kesempitan wang.
Kesemua itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai faedah yang dinikmati anggota Koperatif Pekerja Badan Berkanun Singapura (SSBEC) - sebuah badan yang menyediakan khidmat simpanan dan pinjaman sejak 91 tahun lalu.

